084-874001
webmaster@pmu.edu.my
Isnin - Jumaat: 8:00 AM - 5:00 PM

Sistem Pengajian

Politeknik melaksanakan sistem akademik yang berpandukan sistem semester. Sistem semester ini merupakan sistem yang meluas penggunaannya di institusi pengajian tinggi tempatan pada masa kini.

Hubungan Kursus Dalam Sesuatu Semester

Tiap-tiap kursus yang dipelajari dalam satu semester dianggap sebagai kursus yang berasingan. Pelajar dikehendaki lulus dalam setiap kursus yang diambil. Sekiranya pelajar gagal dalam sesuatu kursus, hanya kursus tersebut yang perlu diambil semula. Kelulusan kursus lain tidak akan terjejas.

Penilaian Berterusan

Dalam sistem semester, penilaian pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus dibuat secara berkala dan berterusan sepanjang semester melalui kerja kursus seperti berikut:

Penilaian pelajar tidak semata-mata bergantung pada peperiksaan akhir semester sahaja.

Latihan Industri (LI)

Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian daripada syarat kurikulum Politeknik yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja sebenar serta menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari. Tempoh LI ialah selama satu semester. Pelajar akan menjalani LI pada semester ke enam (6) pengajian.

Penasihat Akademik

Penasihat Akademik memainkan peranan penting dalam membantu pelajar merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka. Pelajar amat memerlukan khidmat nasihat yang menyeluruh daripada Penasihat Akademik sepanjang tempoh pengajian. Penasihat Akademik akan sentiasa memantau pencapaian akademik setiap pelajar di bawah seliaannya.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program peringkat diploma mengambil masa selama enam (6) semester atau minimum tiga (3) tahun.

Waktu Kuliah

Waktu kuliah di Politeknik Mukah adalah seperti berikut: