084-874001
webmaster@pmu.edu.my
Isnin - Jumaat: 8:00 AM - 5:00 PM

FAQ Kursus Sepenuh Masa

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi Diploma Politeknik?
» Tempoh pengajian bagi Diploma Politeknik adalah selama tiga (3) tahun, termasuk satu semester untuk latihan industri.

Bagaimanakah cara pelaksanaan pengajian Diploma Politeknik?
» Diploma Politeknik merupakan latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa (waktu pejabat), di mana 25% meliputi teori dan 75% meliputi praktikal.

Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti pengajian Diploma Politeknik?
» Yuran pengajian bagi Diploma Politeknik adalah sebanyak RM200.00 setiap semester. Yuran ini tidak termasuk yuran pelbagai.

Adakah setiap kursus bagi Diploma Politeknik yang ditawarkan sama di setiap Politeknik di Malaysia?
» Tidak, kursus bagi Diploma Politeknik adalah tidak sama di setiap Politeknik. Maklumat tawaran kursus bagi setiap kolej boleh didapati di laman web Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Bagaimana caranya sekiranya pelajar ingin berpindah ke Politeknik lain atau menukar program?
» Pertukaran program bagi calon yang telah mendapat tawaran hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kekosongan pada program yang diminta dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran.

Bagaimanakah cara permohonan boleh dibuat?
» Kemasukan pelajar dibuka pada Disember dan Jun setiap tahun. Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui eBorang atau datang terus ke Politeknik Mukah. Iklan permohonan juga disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Manakala permohonan secara walk-in boleh dibuat di sini.

Adakah Politeknik Mukah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar?
» Ya, Politeknik Mukah menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Mukah.

Adakah pelajar perlu menjalani latihan industri sepanjang mengikuti Diploma Politeknik?
» Ya. Setiap pelajar akan melalui latihan industri pada akhir pengajian.

Apakah kelebihan memiliki Diploma Politeknik?
» Dengan memperoleh Diploma Politeknik, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baharu (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling), dan meningkatkan kebolehkerjaan dalam bidang yang diceburi.

Bolehkah lulusan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?
» Boleh. Lulusan Diploma Politeknik berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti yang menawarkan bidang berkaitan.

Adakah pelajar Diploma Politeknik boleh mengambil cuti semasa tempoh pengajian dijalankan?
» Tidak boleh. Pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti sekiranya berlaku kecemasan. Cuti tersebut wajib digantikan dengan sesi kuliah pada hari lain. Pelajar perlu mengemukakan bukti seperti surat kematian atau dokumen sokongan lain kepada pensyarah berkenaan. Sekiranya pelajar gagal memenuhi kehadiran minimum sebanyak 80%, pelajar dianggap gagal dan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir.