084-874001
webmaster@pmu.edu.my
Isnin - Jumaat: 8:00 AM - 5:00 PM

Sejarah Penubuhan

Politeknik Mukah Sarawak (PMU) terletak di Mukah yang merupakan wilayah tengah Sarawak. PMU merupakan politeknik yang ke-20 di Malaysia dan politeknik ketiga di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas 100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini.

Operasi pertama PMU bermula di Sekolah Menengah Teknik Sibu pada tahun 2004. Pengambilan pelajar pertama adalah pada sesi Julai 2005 dengan kursus perintis seperti Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan Awam dan Sijil Pengajian Perniagaan. Penawaran kursus bertambah setahun kemudian apabila kursus peringkat Diploma turut ditawarkan oleh kesemua lima jabatan akademik utama. Lima jabatan akademik utama tersebut adalah:

Penawaran modul atau subjek umum, Sains dan Matematik pula ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Am (JPA) dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK).

Selain kursus sepenuh masa, PMU turut menawarkan kursus jangka pendek di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada orang awam dan masyarakat setempat. Melalui program sebegini, penubuhan PMU di Mukah diharapkan dapat membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu.