Department of Civil Engineering (JKA) is among the pioneer departments in Politeknik Mukah Sarawak, offering an intensive, high-quality diploma with Technical and Vocational Education and Training (TVET) skills. JKA is led by Canarisa Nipi anak Ah Lian, the Head of Civil Engineering Department, and assisted by the Head of Programme for Diploma in Civil Engineering, Mohmad Nazri bin Mahbob, and the Head of Programme for Certificate in Civil Engineering, Dr. Karlvin anak Jungan. JKA comprises 25 well-experienced academic staff accredited by the Board of Engineers Malaysia (BEM) and one non-academic staff member, with expertise and competence in various civil engineering fields.
In line with the Industrial Revolution 4.0, Green Technology, and Sustainable Development initiatives, the programmes offered are designed based on the latest trends in education and the future needs of industries, and have gained accreditation from the Malaysian Qualifications Agency (MQA) and the Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).
The full-time Diploma in Civil Engineering programme comprises six semesters of coursework with one full semester of industrial training. Meanwhile, the full-time Certificate in Civil Engineering programme consists of four semesters of coursework with one full semester of industrial training. Apart from technical knowledge and skills, the programmes offered by JKA are designed to develop the individual potential of each student in an integrated and holistic manner through courses such as Islamic Studies, Moral Studies, Soft Skills, and Entrepreneurship. The aspiration of JKA is to ensure that students are well-prepared for real case studies and able to function as highly qualified and competent professionals in the field of engineering.
PROGRAMMES
The accredited programmes are designed with various elective courses such as Building Information Modelling and Industrialised Building System, allowing students to specialise in their areas of interest.
DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING
This programme provides the knowledge and skills in civil engineering that can be applied to a wide range of careers in the construction industry.
The Diploma in Civil Engineering programme is designed to cover the broad discipline of civil engineering, including areas such as materials technology, construction technology, geotechnical engineering, transportation engineering, hydraulics, hydrology, structural design, construction management, and land surveying. All these areas incorporate environmentally friendly values within the curriculum to promote awareness of the importance of sustainable energy.
CERTIFICATE IN CIVIL ENGINEERING
The Certificate in Civil Engineering programme provides relevant competencies aligned with new technologies in the field of civil engineering to support the need for semi-skilled personnel who demonstrate professionalism and strong work ethics in fulfilling their responsibilities towards creators, clients, and society.
This programme includes both theory and practical components, offering courses such as Construction Materials, Civil Engineering Survey, Pavement Engineering, Soil Mechanics, Traffic Engineering, Estimating & Quantity Measurement, Water Engineering, and Structural Mechanics. In addition, the programme also includes general courses as well as Industrial Training. The entire programme is designed to develop students into individuals who are competitive, confident, and capable, with appropriate communication and interpersonal skills to perform tasks in various situations.
JOB PROSPECTS
FACILITIES
JKA is equipped with advanced teaching and learning facilities, including:
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan antara jabatan perintis di Politeknik Mukah Sarawak yang menawarkan diploma berkualiti tinggi dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). JKA diterajui oleh Canarisa Nipi anak Ah Lian sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan dibantu oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam, Mohmad Nazri bin Mahbob, serta Ketua Program Sijil Kejuruteraan Awam, Dr. Karlvin anak Jungan. JKA mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 25 orang staf akademik yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) serta seorang staf sokongan yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran serta kecekapan dalam pelbagai bidang Kejuruteraan Awam.
Sejajar dengan inisiatif Revolusi Industri 4.0, Teknologi Hijau dan Pembangunan Lestari, program yang ditawarkan dirancang berdasarkan perkembangan pendidikan terkini bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan dan telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC).
Tempoh pengajian bagi program Diploma Kejuruteraan Awam sepenuh masa merangkumi enam semester lazim dengan satu semester latihan industri. Manakala program Sijil Kejuruteraan Awam sepenuh masa pula merangkumi empat semester lazim dengan satu semester latihan industri. Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program yang ditawarkan oleh JKA dirancang untuk mengembangkan potensi individu setiap pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti Pengajian Islam, Pengajian Moral, Kemahiran Insaniah dan Keusahawanan. Aspirasi JKA adalah untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi kajian kes sebenar serta berfungsi sebagai individu yang berkelayakan, cekap dan profesional dalam bidang kejuruteraan.
PROGRAM
Program yang terakreditasi dirancang dengan pelbagai kursus elektif seperti “Pemodelan Maklumat Bangunan” dan “Sistem Binaan Berindustri” yang membolehkan pelajar membuat pengkhususan dalam bidang yang diminati.
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan awam yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri pembinaan.
Diploma Kejuruteraan Awam direka bentuk untuk meliputi disiplin kejuruteraan awam yang merangkumi skop teknologi bahan, teknologi pembinaan, geoteknik, kejuruteraan lalu lintas, hidraulik, hidrologi, reka bentuk struktur, pengurusan pembinaan dan ukur tanah. Kesemua skop ini diterapkan dengan nilai mesra alam dalam kurikulum bagi memberi kesedaran tentang kepentingan tenaga lestari.
SIJIL KEJURUTERAAN AWAM
Sijil Kejuruteraan Awam menyediakan kecekapan yang selari dengan teknologi baharu dalam bidang kejuruteraan awam bagi menyokong keperluan tenaga kerja separa mahir yang mampu menunjukkan profesionalisme dan etika kerja dalam menunaikan tanggungjawab terhadap pencipta, pelanggan dan masyarakat.
Program ini merangkumi teori dan praktikal serta menawarkan kursus seperti Bahan Binaan, Ukur Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Turapan, Mekanik Tanah, Kejuruteraan Trafik, Penganggaran & Pengukuran Kuantiti, Kejuruteraan Air dan Mekanik Struktur. Selain itu, program ini juga menawarkan kursus umum serta Latihan Industri. Keseluruhan program ini direka bentuk untuk membentuk potensi pelajar agar berdaya saing, berkeyakinan dan mampu menggunakan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang sesuai untuk melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi.
PROSPEK KERJAYA
KEMUDAHAN
JKA dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang maju seperti: