Selamat Maju Jaya Kepada Pelajar JTMK, Peserta Peringkat Akhir Worldskills Malaysia Sarawak 2023

Seramai 5 pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mukah akan mewakili bidang Graphic Design Technology dan Web Design untuk peringkat akhir Worldskills Malaysia Sarawak 2023.

 
Pelajar yang mewakili bidang Graphic Design Technology ialah Mohd Azlie Shahidan bin Hamdan, Cassandra Calluo Anak Kupa dan Lily Anak Pada. Mereka bertiga di bawah jurulatih Pn.Nur Wahidah binti Ismail dan Pn. Aiza Natasha binti Mohd Shurizam. Manakala bagi bidang Web Design pula ialah Zainal Amir bin Zulkipli dan Nelstrooy Galat Anak Parti. Mereka berdua di bawah jurulatih En. Muhammad Thariq bin Abdul Razak dan Pn. Nur Shaminie binti Wakimin.
 
Kedua-dua bidang ini akan berentap pada 9&10 Disember 2023 di Swinburne University of Technology, Kuching. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka!
 
#pmugemilang
 
#pmugemilang