Jabatan Kejuruteraan Elektrik

WELCOME TO JKE

Department of Electrical Engineering (JKE), among the pioneer departments in Politeknik Mukah Sarawak, offering an intensive high-quality diploma with Technical and Vocational Education and Training (TVET) skills. JKE which is led by Samsawi bin Bujang and assisted by two Heads of Programme, Ts. Hamadi bin Ahmad (Diploma in Electrical and Electronic Engineering) and Mohd Ramli bin Ali (Diploma in Electronic Engineering (Communication)). JKE comprises of well experienced 30 academic staffs and 3 non-academic staffs with expertise and competence in various electrical and electronic fields. In line with the Industrial Revolution 4.0, Green Technology and Sustainable Development initiatives, the programmes offered are designed based on latest trends of education and future needs of industries and have gained accreditation from the Malaysian Qualification Agency (MQA). and The Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). The full-time programmes comprising of six semesters course work with one full semester of industrial training built-in. Apart from the technical knowledge and skills, the programmes offers by JKE are designed to develop an individual potential of each student in an integrated and holistic manner through courses such as Islamic studies, moral studies, soft skills and entrepreneurship. The aspiration of JKE is to ensure the students are well-prepared for real case-studies and function as highly qualified, competent and professionals in the field of engineering.

 

PROGRAMMES

The accredited programmes are designed with various elective courses such as power engineering, digital computers, telecommunications and control systems that allow students to specialize in areas of interest.

 

DIPLOMA IN ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING

This programme provides the knowledge and skills in electrical engineering that can be applied to a wide range of careers in most power generation provider and manufacturing industries.

The Diploma in Electrical and Electronic Engineering programme is designed to cover the wide discipline of electrical and electronic engineering which includes electrical and electronic principles, computer fundamental and programming, computer aided design, semiconductor devices, communication systems, wiring installation, power system, electrical machine and programmable logic controller. The green technology elements are also incorporate in the curriculum to provide awareness towards the importance of the sustainable energy.

 

JOB PROSPECT

  • Electrical/Electronic Engineering Supervisor
  • Electrical Engineering Service Advisor
  • Technical Assistant
  • Electrical/Electronic Technician
  • Assistant Engineer.

 

DIPLOMA IN ELECTRONIC ENGINEERING (COMMUNICATION)

This programme provides the knowledge and skills in communication engineering that can be applied to a wide range of careers in most electronic communication field.

The Diploma in Electronic Engineering (Communication) covers wide discipline of electronics engineering, with specialization in communication technology which includes, electrical and electronic fundamentals, computer fundamentals and programming, communication system fundamentals, semiconductor devices, and computer aided design, while emphasizing the area of specialization. The specialization courses include telecommunication network, fibre optic communication system, data communication and networking, wireless communication and microwave devices.

 

JOB PROSPECT

  • Assistant Engineer
  • Assistant Radio Frequency Engineer
  • Marketing Executive
  • Technical Executive
  • Technical Supervisor
  • Assistant Network Engineer
  • Assistant Technical Designer
  • Network planner
  • Electrical/Electronic Technician
  • Assistant Network Administrator
  • Assistant Drive Test Analyzer Engineer
  • Assistant Drive Test Engineer.

 

FACILITIES

JKE is equipped with advanced teaching and learning facilities.

  • Computer Programming Laboratory
  • Electronic Digital Laboratory
  • Repairing Laboratory
  • Project Presentation Room
  • Electrical Machine Laboratory
  • Project Laboratory
  • Electronic Communication Laboratory
  • Lecture Room
  • Electrical Wiring Laboratory
  • Power Energy Laboratory
  • CAD Laboratory
  • Electrical Technology Laboratory.

 

 ==

 

SELAMAT DATANG KE JKE

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), adalah antara jabatan perintis di Politeknik Mukah Sarawak, yang menawarkan diploma berkualiti tinggi dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). JKE yang diterajui oleh Samsawi bin Bujang dan dibantu oleh dua ketua program iaitu Ts. Hamadi bin Ahmad (Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) dan Mohd Ramli bin Ali (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)). JKE mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 30 orang staf akademik dan tiga orang staf sokongan yang berpengalaman dengan kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang elektrik dan elektronik. Sejajar dengan inisiatif Revolusi Industri 4.0, Teknologi Hijau dan Pembangunan Lestari, program yang ditawarkan dirancang berdasarkan perkembangan pendidikan terkini bagi memenuhi permintaan industri pada masa hadapan dan telah mendapat pengiktirafan/akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC). Tempoh program pengajian sepenuh masa yang perlu diikuti adalah enam semester lazim dengan satu semester latihan industri. Selain dari pengetahuan dan kemahiran teknikal, program yang ditawarkan oleh JKE dirancang untuk mengembangkan potensi individu bagi setiap pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti pengajian Islam, pengajian moral, kemahiran insaniah dan keusahawanan. Aspirasi JKE adalah untuk melahirkan pelajar yang bersedia terhadap kajian kes sebenar dan berfungsi sebagai seorang yang berkelayakan, cekap dan profesional dalam bidang kejuruteraan.

 

PROGRAM

Program yang terakreditasi dirancang dengan pelbagai kursus elektif seperti kejuruteraan kuasa, komputer berdigit, telekomuinikasi dan sistem kawalan yang membolehkan pelajar membuat pengkhususan dalam bidang yang diminati.

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan industri penjanaan tenaga kuasa dan pembuatan.

Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik direka bentuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, reka bentuk bantuan komputer, peranti semikonduktor, sistem komunikasi, pemasangan pendawaian, sistem kuasa, mesin elektrik dan pengawal logik yang boleh diprogramkan. Unsur-unsur teknologi hijau juga diterapkan dalam kurikulum dalam usaha memberi kesedaran terhadap kepentingan tenaga lestari.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Juruteknik Elektrik/Elektronik
  • Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
  • Penyelia Jurutera Elektrik/Elektronik
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Juruteknik

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komunikasi yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan bidang komunikasi elektronik.

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi yang merangkumi, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, dan reka bentuk bantuan komputer, sambil menekankan bidang pengkhususan ke arah pengkhususan program. Kursus pengkhususan meliputi rangkaian telekomunikasi, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Jurutera
  • Penolong Jurutera Frekuensi Radio
  • Eksekutif Pemasaran
  • Teknikal Eksekutif
  • Penyelia Teknikal
  • Penolong Jurutera Rangkaian
  • Penolong Pereka Teknikal
  • Perancang Rangkaian
  • Juruteknik Elektrik/Elektronik
  • Penolong Pentadbir Rangkaian
  • Penolong Jurutera Penganalisa Ujian Pemacu
  • Penolong Jurutera Pandu Uji.

 

KEMUDAHAN

JKE dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang maju seperti:

  • Makmal Pengaturcaraan Komputer
  • Makmal Digital Elektronik
  • Makmal Baikpulih
  • Bilik Pembentangan Projek
  • Makmal Mesin Elektrik
  • Makmal Projek
  • Makmal CAD
  • Makmal Elektronik Komunikasi
  • Bilik Kuliah
  • Makmal Teknologi Elektrik
  • Makmal Tenaga Kuasa
  • Makmal Pendawaian Elektrik.