Berapa lamakah tempoh pengajian bagi Diploma Politeknik? » Tempoh pengajian bagi Diploma Politeknik adalah selama tiga (3) tahun termasuk satu semester untuk latihan industri. Bagaimanakah cara perlaksanaan pengajian Diploma Politeknik? » Diploma Politeknik merupakan latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa (waktu pejabat) di mana 25% meliputi teori dan 75% adalah meliputi praktikal.
Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti pengajian Diploma Politeknik?
» Yuran pengajian bagi Diploma Politeknik adalah sebanyak RM200.00 per semester. Yuran ini tidak termasuk yuran pelbagai. Adakah setiap kursus bagi Diploma Politeknik yang ditawarkan sama di setiap Politeknik di Malaysia? » Tidak, kursus bagi Diploma Politeknik adalah tidak sama di setiap Politeknik. Maklumat tawaran kursus bagi setiap kolej boleh didapati di laman web Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Bagaimana caranya sekiranya pelajar ingin berpindah ke Politeknik lain atau menukar program? » Pertukaran program bagi calon yang telah mendapat tawaran hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kekosongan pada program yang diminta dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran.
Bagaimanakah cara permohonan boleh dibuat? » Kemasukan pelajar dibuka pada Disember dan Jun pada setiap tahun. Pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui online (eBorang) atau datang terus ke Politeknik Mukah. Iklan permohonan juga ada dikeluarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Manakala permohonan secara walk-in boleh dibuat DI SINI. Adakah Politeknik Mukah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar? » Politeknik Mukah ada menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Mukah. Adakah pelajar perlu menjalani latihan industri sepanjang mengikuti Diploma Politeknik? » Ya. Setiap pelajar akan melalui latihan industri pada akhir pengajian. Apakah kelebihan memiliki Diploma Politeknik? » Dengan memperolehi Diploma Politeknik, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu setiap lulusan mendapat pekerjaan berdasarkan bidang yang diceburi (kebolehkerjaan).
Bolehkah lulusan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? » Boleh, lulusan Diploma Politeknik berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan memohon di mana-mana Universiti yang menawarkan bidang berkaitan. Adakah pelajar Diploma Politeknik boleh mengambil cuti semasa tempoh pengajian dijalankan? » Tidak boleh, pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti sekiranya berlaku kecemasan dan hari cuti tersebut wajib digantikan dengan sesi kuliah pada hari yang lain. Pelajar perlu mengemukakan bukti cuti seperti surat kematian atau lain-lain dan menyerahkan kepada pensyarah yang berkenaan. Sekiranya pelajar gagal memenuhi peratus kehadiran sebanyak 80% pelajar dikira gagal dan tidak boleh menduduki peperiksaan akhir. |