Program Gotong Royong Perdana Blok & Kuarters PMU 2023

 
Lebih kurang 400 orang warga blok kuarters Politeknik Mukah termasuk pasangan dan anak-anak yang tinggal di kuarters kerajaan Politeknik mengadakan Program Gotong Royong Perdana baru-baru ini.
Aktiviti Gotong-Royong Perdana ini adalah yang pertama dan  julung kalinya diadakan di bawah Jawatan Kuasa Pengurusan kuarters bagi memberi lebih tumpuan kepada kawasan hotspot seperti blok kuarters PMU.
 
Program Gotong Royong Perdana dilaksanakan di Blok Kuarters Kerajaan telah dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kuarters PMU bersama Pengurusan PMU. JK Pengurusan Kuarters PMU turut bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Mukah agar aktiviti Semburan kabus (fogging) dilakukan di persekitaran kuarters kediaman pada sebelah petangnya.
 
Bersempena itu, aktiviti senamam turut diadakan bagi memeriahkan majlis sebelum aktiviti gotong-royong. aktiviti senamam tersebut telah diketuai oleh Pegawai Belia Dan Sukan PMU, En Jeremy Luguh.
 
 
 
#pmugemilang