Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Program Civil Engineering Project Competition ke 22(CENPRO 22) di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah. Seramai 69 orang pelajar semester akhir telah menyertai pertandingan tersebut dalam kategori kajian ilmiah dan Inovasi. Panel penilai terdiri daripada pihak industri dan pensyarah.
Selain daripada itu, seramai 112 orang pelajar dan 15 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak juga telah hadir untuk melihat kajian ilmiah dan Pembangunan Inovasi yang dihasilkan.
Majilis Perasmian Penutupan CENPRO telah dilaksanakan oleh En Iskandar Bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Mukah. Tahniah diucspkan kepada semua yang terlibat.
#pmugemilang