Majlis Penutupan Ekspo Projek ICT Kali Ke 15 (EPICT 15.0)

Majlis Penutupan Ekspo Projek ICT Kali Ke 15 (EPICT 15.0) di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada 28 November 2023. 

Sebanyak 23 kumpulan Projek Akhir Pelajar telah dipertandingkan dalam Ekspo Projek ICT ke 15 (EPICT 15.0) pada kali ini, terdiri dari 17 kumpulan daripada Trek Software and Application Development dan 6 kumpulan daripada Trek Networking System. Projek Akhir Pelajar ini telah dinilai oleh para panel penilai jemputan dari dalam dan luar terdiri daripada pemain industri dan rakan kolaborasi PMU malah salah seorang pensyarah daripada Politeknik Negeri Subang, Indonesia iaitu Bapak Mohamad Iqbal, S. Kom, M.T,  juga telah dijemput sebagai Panel Penilai EPICT pada kali ini.  

Berikut merupakan Pemenang Penilaian Projek Akhir dalam EPICT ke 15. 

1. Anugerah Projek Terbaik Trek Networking System (NS) 

Tajuk Projek : Remote Health Monitoring System Using ESP32 

Kumpulan Pelajar : Allycia Nanu Bong dan Oliviana Anak Chubing 

Penyelia Projek : Mohamed Amir Wakidi bin Rosli  

2. Anugerah Projek Terbaik Trek Software and Application Development (SAD) 

Tajuk Projek : i-Parcel Management 

Kumpulan Pelajar : Arizan Zarin bin Aslin dan Mohd Hadif bin Roslan 

Penyelia Projek : Mohamad Ruzaini bin Mohd Roni 

3. Anugerah Projek Berimpak Tinggi 

Tajuk Projek : Polishop 

Kumpulan Pelajar: Muhamad Nur Rejab bin Mohamed Jema’ah dan Muhd Danniel bin Abdullah 

Penyelia Projek : Nur Wahidah binti Ismail 

 4. Anugerah Poster Projek Terbaik 

Tajuk Projek : Polishop 

Kumpulan Pelajar: Muhamad Nur Rejab bin Mohamed Jema’ah dan Muhd Danniel bin Abdullah 

Penyelia Projek : Nur Wahidah binti Ismail 

 5. Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan DDT 

Tajuk Projek: Face Recognition Attendance System 

Kumpulan Pelajar : Mohd Shafizan bin Abdullah dan Muhamad Irfan Danial bin Kamis 

Penyelia Projek : Ts. Muhamad Faizal bin Md Zulkifli 

 

Selain itu, program Bazar JTMK juga turut mempertandingkan dua kategori pertandingan iaitu Kiosk Terhebat dan Kiosk Popular sebagai suntikan motivasi kepada penyertaan bazar JTMK pada kali ini dan penilaian telah dilaksana oleh juri yang telah dilantik. Pemenang bagi Anugerah Kiosk Terhebat telah diberikan kepada Kumpulan Taste of Korea dan Anugerah Kiosk Popular diberikan kepada kumpulan Dalgona Coffee. 

Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Hisamudin bin Mohd Tamin diiringi Pn. Aisyah Suhailla binti Jili, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En. Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik dan En. Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Mukah. Tahniah kepada semua pemenang!!! 

#pmugemilang