Majlis Menandatangani Certificate Of Collaboration (Coc) Politeknik Mukah Bersama Agensi / Syarikat

Tajuk Aktiviti :  Majlis Menandatangani Certificate Of Collaboration (Coc) Politeknik Mukah Bersama Agensi / Syarikat  

Tarikh : 28 November 2023 (Selasa) 

Lokasi : Dewan Kuliah Utama (DKU), Politekik Mukah 

Anjuran : Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Unit CISEC PMU dan Unit Pembangunan Centre of Technology (UPCOT). 

PENGENALAN 

Pada 28 November 2023 yang lepas, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Unit CISEC Politeknik Mukah (PMU) dan Unit Pembangunan Centre of Technology (UPCOT) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Certificate Of Collaboration (Coc) PMU bersama Moredoor Interactive Sdn Bhd dan Sarawak Skills sebagai rakan kolaborasi bagi tahun 2023. Dalam majlis berkenaan, agensi/ syarikat telah diwakili oleh Dr Azfar bin Tomi, Pengarah Urusan Moredoor Interactive Sdn Bhd manakala Sarawak Skills diwakili oleh En. Stanley Gona Chee Khiong (Ketua Komunikasi Korporat Sarawak Skills) mewakili Pengarah Sarawak Skills, En.Hallman bin Haji Sabri. Dengan kerjasama strategik antara institusi pendidikan, industri dan kemahiran, sijil kerjasama ini diharapkan akan membuka peluang yang lebih besar bagi pengembangan kerjaya dan dapat  meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran serta pembelajaran, serta membantu dalam pengembangan program yang relevan dengan industri.  

Jalinan kolaborasi ini juga bukan hanya memberi manfaat kepada Politeknik Mukah semata-mata bahkan ia akan dapat membantu pemain-pemain industri untuk mencungkil bakat daripada kalangan graduan Politeknik Mukah bagi memenuhi kekosongan jawatan dalam agensi yang bersesuaian. Di samping itu juga, tenaga pengajar politeknik dapat menjalani Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) atau Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang yang berkaitan di agensi rakan kolaborasi. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En. Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik dan En. Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Mukah.  

#pmugemilang