Ekspo Projek ICT kali ke 15 (EPICT 15.0)

Ekspo Projek ICT kali ke 15 (EPICT 15.0) 

28 November 2023 (Selasa) 

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) 

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Unit Pembangunan Centre of Technology (UPCOT) dan Penyelaras Keusahawanan JTMK telah menganjurkan Ekspo Projek ICT kali ke 15 atau EPICT 15.0 bagi Sesi I: 2023/2024. Antara pengisian aktiviti dalam EPICT 15.0 pada kali ini ialah penilaian projek akhir pelajar DDT yang melibatkan 23 projek akhir pelajar DDT, , terdiri dari 17 kumpulan Trek Software and Application Development dan 6 kumpulan Trek Networking System. Projek Akhir Pelajar ini telah dinilai oleh para panel penilai jemputan dari dalam dan luar terdiri daripada pemain industri dan rakan kolaborasi PMU malah salah seorang pensyarah daripada Politeknik Negeri Subang, Indonesia iaitu Bapak Mohamad Iqbal, S. Kom, M.T,  juga telah dijemput sebagai Panel Penilai EPICT pada kali ini.  

Selain penganjuran penilaian projek akhir pelajar, program EPICT pada kali ini juga telah berjaya mengadakan Bazar JTMK iaitu satu platform untuk membudayakan kemahiran keusahawanan seawal tahun kedua pengajian peringkat diploma. Bazar JTMK telah melibatkan sebanyak 26 kumpulan projek pelajar Cyberpreneurship yang memberi penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan keusahawanan produk Politeknik Malaysia amnya dan Politeknik Mukah khususnya agar menjadi pilihan utama dalam pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. 

Selain itu, terdapat pengisian aktiviti lain juga dilaksana secara dalam talian seperti Industry Talk : Job Creator vs Job Seekers dan Sharing Session: Get Ready for Integrated Project yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pembangunan Centre of Technology (UPCOT). Program Industry Talk : Job Creator vs Job Seekers telah disampaikan oleh En. Mohd Rona bin Kassim, Pengarah Urusan Syeratech Sdn Bhd yang juga merupakan Alumni JTMK PMU manakala program Sharing Session: Get Ready for Integrated Project telah menjemput pensyarah dari Politeknik Negeri Subang (POLSUB) iaitu Ibu Dwi Vernanda, St, M.D sebagai penceramah jemputan. Diharapkan penganjuran aktiviti ini telah memberi manfaat kepada pelajar untuk sama-sama mendengar perkongsian daripada industri dan rakan kolaborasi dari seberang berkenaan teknologi-teknologi yang digunakan dalam pembangunan projek akhir pelajar. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua JK Pelaksana yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan EPICT 15.0 pada kali ini. Tahniah!! dan kekalkan kecemerlangan ini. 

#pmugemilang