Perbincangan Kerjasama Dua Hala Politeknik Mukah Sarawak (PMU) Dan Politeknik Negeri Jakarta (PNJ)

Sesi perbincangan kerjasama dua hala di antara Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak (PMU) dengan Jurusan Teknik Sipil, Politeknik Negeri Jakarta (PNJ) telah diadakan secara atas talian pada 25 Mac 2024 bagi melihat potensi yang boleh dicapai antara dua pihak terutamanya dalam melaksanakan program pertukaran pensyarah, perkongsian ilmu, seminar, pembangunan serta penyelidikan dan lain-lain.

Sesi ini turut dihadiri bersama Ts. Mohammad Fadzli bin Jawawi (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), Mohammad Fardillah bin Wahi (Ketua Unit Pengantarabangsaan) serta pensyarah-pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, PMU dan pensyarah-pensyarah dari Jurusan Teknik Sipil, PNJ yang diketuai oleh Ibu Dyah Nurwidyaningrum (Ketua Jurusan Teknik Sipil, PNJ).