Taklimat Latihan 2

Seramai 300 orang pelajar semester akhir Politeknik Mukah dari Pelbagai jurusan diploma diwajibkan menghadiri Taklimat latihan 2 bertempat di Dewan Julian Utama PMU, pagi tadi.
Taklimat Latihan 2 tersebut disampaikan oleh Puan Bernadine Candy anak Nanyi, Ketua Unit Latihan Dan Perhubungan, Puan Sara Ruran Fabian, Puan Athirah binti Musa dan Puan Azlina bt Sahminan,
 
Intipati Taklimat adalah berkenaan dengan halatuju hal khusus Latihan mengenai Latihan amali di firma yang terpilih kelak. Manakala taklimat berkenaan peperiksaan disampaikan oleh Encik Mohd Zuhair Shahiran, Ketua Unit Peperiksaan.
 
Tujuan mengadakan Taklimat Latihan dan Peperiksaan ialah sebagai persiapan awal kepada pelajar sebelum menghadiri latihan industri pada semester hadapan.