Permohonan kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) melalui UPUOnline telah dibuka!
Hanya 40,000 ribu kekosongan tempat sahaja ditawarkan untuk lepasan SPM di luar sana bagi kemasukan sesi akademik 2024/2025.
Terdapat 36 politeknik dan 105 kolej komuniti di seluruh Malaysia. Jadikan POLYCC pilihan utama anda.
Tunggu apa lagi, jom sertai Politeknik Mukah Sarawak (PMU).
Kami menawarkan 8 program pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dalam bidang :
•Kejuruteraan Awam
•Kejuruteraan Elektrik
•Kejuruteraan Mekanikal
•Teknologi Maklumat & Komunikasi
•Perdagangan

Maklumat lanjut, sila layari https://upu.mohe.gov.my/
"TVET @ POLYCC Pilihan Utama Kerjaya"