Lawatan Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS)

Lawatan Khas oleh Encik Rasdi Bin Ahmad @ Terence Bobby Johnny Pegawai dari Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) untuk berbincang serta bermesyuarat bagi program Pengukuhan Integriti Politeknik Mukah.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Sudirman Bin Suhaili, Ketua Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer menjalankan tugas Pengurusan PMU.
Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Persidangan PMU dan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa program.
 
Dipersetujui aktiviti yang akan dilaksanakan dibahagi kepada dua sesi iaitu satu pada sesi pagi manakala satu lagi pada sebelah malam. Antara aktiviti yang akan dijalankan pada sesi pagi ialah ceramah bertajuk Lokakarya Pengukuhan Integriti Menuju Masa Depan Bebas Rasuah yang akan di sampaikan oleh Encik Mohd Furdaus Bin Ramalan, bekas Majistret Mahkamah. Manakala pada sesi malamnya pula adalah program Tazkirah.
 
Pelaksanaan program ini dijangka pada bulan May 2024 dan sararan kehadiran peserta adalah seramai lebih dua ribu tetamu yang melibatkan pelajar PMU dan staf PMU.