Program Super Insan: Kenal diri, Bongkar Potensi

Program ini anjuran Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Mukah di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah, pagi ini.
Seramai 140 orang peserta yang telah menyertai program ini dan penceramah jemputan ialah Puan Nurul Hidaya binti Hamli (Pegawai Psikologi, Unit Pengurusan Psikologi).
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar mengenal potensi tersembunyi dalam diri mereka dan memotivasikan mereka untuk mencapai keunggulan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, program seperti ini dapat membongkar keyakinan dan motivasi dalam diri pelajar apabila berhadapan dengan masyarakat luar.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi impak yang besar dan faedah kepada pelajar.