Lawatan Tapak Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sibu Dan Mukah

Seramai 8 orang pegawai daripada Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sibu dan juga Mukah telah mengadakan lawatan tapak ke Politeknik Mukah. Rombongan lawatan tapak yang diketuai oleh Encik Peter Anak Ranggau, Penolong Pemelihara Hutan bertujuan untuk mengenalpasti lokasi penanaman anak pokok di dalam kawasan Politeknik Mukah bagi Program De Tour de Restoration.
 
Politeknik Mukah dalam perancangan berkolaborasi bersama Jabatan Hutan Sarawak dalam melaksanakan Program Kelestarian Hijau PMU: 1 Pelajar 1 Pokok yang bertujuan untuk menyokong Program Le Tour De Restoration di bawah Kempen Penghijauan Malaysia.
 
Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Tarikh pelaksanaan program dijangka pada awal bulan Mei 2024 kelak. Rombongan tersebut telah disambut oleh Encik Sophian bin Sout selaku Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik ) Politeknik Mukah.