EKSA: Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Siri 1/2024

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Siri 1/2024 telah dilaksanakan pada 18 Mac 2024 bertempat di Bilik Persidangan PMU. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh para fasilitator, ketua-ketua zon, juruaudit dan JK Induk EKSA PMU. 

Tujuan mesyuarat ini adalah bagi memperjelaskan kepada juruaudit, fasilitator dan ketua zon akan elemen-elemen penting dan tindakan yang perlu diambil pada setiap spesifikasi kategori audit dalaman. Kaedah pengauditan yang diguna pakai dan kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang audit dalaman berlangsung.

Mesyuarat pembukaan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Encik Iskandar bin Reduan dan turut dihadiri oleh Encik Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).