TATACARA PERMOHONAN DOKUMEN SILIBUS BAGI TUJUAN PINDAHAN KREDIT YANG PERLU DIPATUHI OLEH LULUSAN POLITEKNIK
Bagi Lulusan Politeknik Mukah yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan ingin memohon dokumen kurikulum untuk tujuan pemberian pindahan kredit perlu mematuhi tatacara permohonan dengan mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:
- Surat rasmi permohonan dokumen silibus bagi tujuan pindahan kredit kepada Pengarah Politeknik Mukah (sila sertakan nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, nombor telefon dan e-mel).
- Transkrip akademik diploma yang telah disahkan.
- Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan yang telah dibincangkan dengan pihak universiti.
- Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi-institusi berkaitan.
Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan sama ada secara bertulis atau melalui mel elektronik (e-mel).
Permohonan secara bertulis hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis "PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT" di penjuru sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dialamatkan kepada:
Pengarah
Politeknik Mukah
KM 7.5 Jalan Oya
96400 Mukah
Sarawak.
Manakala bagi permohonan melalui mel elektronik (e-mel), permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Permohonan akan diproses dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan.
Sekian, terima kasih.