PEMAKLUMAN DARIPADA UNIT PEPERIKSAAN POLITEKNIK MUKAH

PEMAKLUMAN DARIPADA UNIT PEPERIKSAAN POLITEKNIK MUKAH

Urusan Permohonan Transkrip 

Permohonan transkrip bagi lulusan Politeknik Mukah mengikut sesi adalah seperti berikut:

1) Graduan Tamat Latihan Industri pada Sesi Disember 2020 boleh mula membuat permohonan transkrip pada 22 November 2021


2) Graduan Tamat Latihan Industri pada Sesi 1 : 2021/2022 boleh mula membuat permohonan transkrip pada 11 Jun 2022

 
3) Graduan Tamat Latihan Industri pada Sesi 2 : 2021/2022 boleh mula membuat permohonan transkrip pada 17 November 2022

 
4) Graduan Tamat Latihan Industri pada Sesi 1 : 2022/2023 boleh mula membuat permohonan transkrip pada 10 April 2023

 

5)    Graduan Tamat Latihan Industri bagi Sesi 2: 2022/2023 boleh mula membuat permohonan transkrip pada 10 Ogos 2023

 

**Semua Graduan yang bakal menamatkan Latihan Industri bagi Sesi 1: 2023/2024 perlu menunggu Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Bil.1/2024 bagi memohon transkrip. Tarikh permohonan transkrip bagi sesi ini akan dimaklumkan kemudian.

 
Sila buat permohonan secara atas talian melalui capaian ini e-Exam.

 

Urusan Permohonan Sijil Diploma 

Untuk makluman, Permohonan Sijil Diploma (Graduan Tidak Hadir Konvokesyen), hanya akan diproses melalui Sistem Pengurusan Unit Peperiksaan (e-Exam) sahaja.

Sila buat permohonan dan semak status permohonan anda secara atas talian melalui capaian ini e-Exam.

Permohonan melalui email atau whatsapp atau selain daripada Sistem Pengurusan Unit TIDAK AKAN DILAYAN

Untuk penambahbaikan dan mengetahui keberkesanan Sistem Pengurusan Unit Peperiksaan, pihak kami ingin mendapat maklumbalas dari saudara/saudari dengan menjawab soal selidik melalui capaian ini Borang Soal Selidik.