1. DIPLOMA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL)
- Trek Sistem Rangkain (MQA/FA3338)
- Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi (MQA/FA3339)
Program ini memberikan pendidikan dan latihan dalam bidang pengkomputeran dengan penekanan khusus kepada bidang Teknologi Maklumat. Kursus ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memasuki pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan latihan dengan berbilang kemahiran yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Selain kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Penghayatan Etika dan Peradaban, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral dan Kokurikulum, untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran insaniah. Oleh kerana program ini menekankan self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini harus bersedia menghadapi cabaran dalam dunia teknologi pengkomputeran.
Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) akan melahirkan pengamal ICT separa profesional yang mampu:
- menerapkan pengetahuan asas, pemahaman dan operasi prinsip Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam membantu menyediakan penyelesaian bagi menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru
- menerapkan tahap kemahiran praktikal, alat, kaedah dan prosedur penting untuk melaksanakan tugas rutin atau bukan rutin yang diperlukan
- secara bergantian menerapkan peranan sebagai pemimpin dan ahli pasukan, dan berkomunikasi secara berkesan bagi membantu serta menyediakan penyelesaian dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk mencari, memproses dan menafsirkan data rutin dan kompleks
- dengan bersungguh-sungguh memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru untuk kemajuan kerjaya dan membantu menguruskan sumber dan maklumat secara beretika
Setelah tamat program, pelajar seharusnya dapat :
- mempraktikkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam melakukan proses diagnostik dan proses dokumentasi dalam bidang yang berkaitan dengan ICT
- menganalisis masalah dan membuat penyelesaian dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan menerapkan pendekatan dan penaakulan saintifik yang sesuai
- memaparkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam melakukan proses diagnostik dan dokumentasi dalam bidang yang berkaitan dengan ICT
- menunjukkan komunikasi yang berkesan secara lisan dan bertulis kepada orang lain termasuk rakan sebaya, pakar dan bukan pakar
- menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial dengan mengambil peranan sebagai pemimpin atau anggota pasukan yang pelbagai
- menunjukkan kemampuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kemahiran kuantitatif untuk menyokong kerja dan kajian
- menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan yang baik dalam persekitaran kerja
- menunjukkan nilai, etika dan akauntabiliti positif dalam berinteraksi dengan masyarakat
2. DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan awam. Program ini merangkumi 6 semester perkuliahan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang kejuruteraan awam seperti Bahan & Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Ukur Kejuruteraan, Makmal Kejuruteraan Awam, Aturcara Kontrak & Ukur Binaan, Mekanik Struktur, AutoCADD, Geoteknik, Hidraulik, Kejuruteraan Jalan Raya, Rekabentuk Struktur Konkrit Bertetulang, Kejuruteraan Jalan Raya & Pengangkutan, Teori Struktur, Kejuruteraan Tapak, Pengurusan Pembinaan, Hidrologi, Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa dan Projek Kejuruteraan Awam. Kursus-kursus elektif seperti Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Persekitaran dan Keusahawanan juga ditawarkan sebagai pilihan kursus kepada para pelajar.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai:
- Penolong Jurutera
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Penyelaras Bahan Binaan
- Kerani Kerja Tapak
- Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
- Pembantu Penyelidik
- Pembekal Bahan Binaan
- Kontraktor Pembinaan
3. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DEE)
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan industri penjanaan tenaga kuasa dan pembuatan.
Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik direka bentuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, reka bentuk bantuan komputer, peranti semikonduktor, sistem komunikasi, pemasangan pendawaian, sistem kuasa, mesin elektrik dan pengawal logik yang boleh diprogramkan. Unsur-unsur teknologi hijau juga diterapkan dalam kurikulum dalam usaha memberi kesedaran terhadap kepentingan tenaga lestari.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai:
- Juruteknik Elektrik/Elektronik
- Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
- Penyelia Jurutera Elektrik/Elektronik
- Penolong Jurutera
- Penolong Juruteknik
4. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) (DEP)
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komunikasi yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan bidang komunikasi elektronik.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi yang merangkumi, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, dan reka bentuk bantuan komputer, sambil menekankan bidang pengkhususan ke arah pengkhususan program. Kursus pengkhususan meliputi rangkaian telekomunikasi, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.
Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai:
- Penolong Jurutera
- Penolong Jurutera Frekuensi Radio
- Eksekutif Pemasaran
- Teknikal Eksekutif
- Penyelia Teknikal
- Penolong Jurutera Rangkaian
- Penolong Pereka Teknikal
- Perancang Rangkaian
- Juruteknik Elektrik/Elektronik
- Penolong Pentadbir Rangkaian
- Penolong Jurutera Penganalisa Ujian Pemacu
- Penolong Jurutera Pandu Uji.
5. DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM)
Program ini akan mendedahkan para pelajar kepada asas Kejuruteraan Mekanikal yang melibatkan penggunaan prinsip - prinsip fizik, rekabentuk, fabrikasi, pembuatan dan penyelenggaraan peralatan - peralatan dalam sistem mekanikal melalui modul - modul yang berkaitan seperti Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Mekanik Mesin, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Rekabentuk, Proses Pembuatan dan lain-lain. Semasa tempoh pengajian, pelajar akan menghadiri sesi kuliah dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut melalui sesi amali di makmal - makmal dan bengkel kejuruteraan. Tahap pencapaian para pelajar akan dinilai melalui tugasan - tugasan serta latihan - latihan yang diberikan semasa sesi kuliah, amali dan juga peperiksaan.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka mempunyai peluang yang luas untuk menceburi kerjaya separa mahir di sektor awam mahupun swasta dalam bidang kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Mekanikal. Antaranya di sektor pembuatan dan perkilangan, automotif, perkapalan dan lain – lain mengikut kelayakan yang ditauliahkan.
6. DIPLOMA PERAKAUNAN (DAC)
Program Diploma Perakaunan digubal untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam disiplin perakaunan termasuk bidang dan sub-bidang perakaunan kewangan dan pengurusan, pengauditan, percukaian, kewangan, etika profesional serta pengetahuan pengurusan, maklumat digital, keusahawanan, dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendidikan perakaunan di peringkat profesional SME untuk memenuhi permintaan sektor awam dan swasta. Program ini ditadbirurus menggunapakai standard kebangsaan dan antarabangsa badan-badan profesional perakaunan dan lain-lain badan yang berkaitan di Malaysia. Penawaran program ini juga mematuhi keperluan Standard Program Perakaunan yang dikeluarkan oleh MQA.
Pelajar lulusan program ini akan dapat memperolehi pelbagai peluang pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperolehi membolehkan pelajar menjadi:
- Pembantu Akaun
- Pegawai/Eksekutif Akaun
- Juruteknik Perakaunan
- Pembantu Audit
- Pembantu Cukai
- Juruteknik Cukai
- Pembantu Kewangan
- Usahawan
- Pegawai Kastam
7. DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)
Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkat dan memperkaya pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang perniagaan dan membantu mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Program ini, secara dinamik membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran mereka dalam berbagai bidang seperti pengurusan, penjualan, operasi, pemasaran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Program ini bersifat feksibel yang membolehkan pelajar untuk memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk terus melanjutkan pelajaran dalam pelbagai program perniagaan atau menceburi bidang pekerjaan.
Lulusan program Diploma Pengajian Perniagaan dapat bekerja sebagai Eksekutif/Pegawai/ Penyelia/Pembantu dalam bidang berikut:
- Pentadbiran/Pengurusan
- Penjualan/Pemasaran
- Usahawan
- Perbankan Dan Kewangan
- Sumber Manusia Dan Operasi
8. DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK)
Program ini telah digubal dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka bekerja sebagai:
- Setiausaha
- Pembantu Peribadi
- Eksekutif Pentadbiran
- Pembantu Penyelaras Acara
- Eksekutif Sumber Manusia