4 September 2025, Dewan Kuliah Utama - Malaysia Digital Economy Corporation dan TikTok Malaysia telah menganjurkan Program TikTok : Memperkasa Ekonomi Digital Melalui Bakat Live Belia di Politeknik Mukah. Program dihadiri oleh 191 orang pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan.
Intipati program adalah mendedahkan kepada pelajar bagaimana cara untuk menjadikan TikTok sebagai sumber pendapatan. Selain itu, pihak TikTok Malaysia telah menawarkan peluang pekerjaan dan peluang latihan indsutri kepada pelajar Politeknik Mukah.
Cenderahati kepada MDEC & TikTok Malaysia telah disampaikan oleh Encik Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
Pihak Politeknik Mukah sangat berbesar hati menerima kehadiran MDEC & TikTok Malaysia.