Satu sesi Taklimat dan Lapor Diri Pemangkuan Gred DH10 dan DH12 telah berjaya diadakan pada 30 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan, Bangunan Pentadbiran, Politeknik Mukah.
Taklimat yang bermula jam 9.00 pagi ini dimulakan dengan kehadiran para pegawai pada jam 8.55 pagi diikuti ketibaan Encik Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan Encik Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA). Seterusnya, ucapan aluan disampaikan oleh TPA sebelum diteruskan dengan taklimat oleh Unit Khidmat Pengurusan (UKP) dan sesi soal jawab bersama para pegawai yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar rasmi di Lobi Pentadbiran sebagai simbolik kepada semangat dan komitmen baharu warga PMU yang terlibat dalam pemangkuan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat. Semoga terus melakar kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.