Sesi semakan Audit EKSA Siri 1/2025 telah berlangsung dari 16 hingga 20 Jun 2025, melibatkan juruaudit-juruaudit berdedikasi dari seluruh zon PMU. Proses ini dipimpin oleh fasilitator Pn. Izan Fahmee binti Nordin bersama Penasihat EKSA, En. Sophian bin Sout.
Sepanjang lima hari pelaksanaan audit, pelbagai dapatan telah diperhalusi, diperincikan dan dibincangkan secara teliti demi memastikan penambahbaikan berterusan dan pelaksanaan EKSA yang lebih mantap di seluruh zon PMU. Usaha gigih ini menjadi asas kukuh sebelum pengumuman rasmi keputusan Audit Siri 1/2025 yang telah diadakan pada 23 Jun 2025 semasa Majlis Penutupan Audit EKSA PMU.
KEPUTUSAN AUDIT DALAMAN & PERTANDINGAN EKSA PMU SIRI 1/2025
Audit melibatkan 14 zon EKSA di seluruh PMU, dengan keputusan seperti berikut:
Pencapaian Audit Zon EKSA
Kategori Cemerlang (9 zon):
Zon Pulasan
Zon Rambutan
Zon Keranji
Zon Pisang
Zon Nona
Zon Kiwi
Zon Dabai
Zon Salak
Zon Epal
Kategori Baik (5 zon):
Zon Markisa
Zon Betik
Zon Mangga
Zon Delima
Zon Ceri
Bagi pemenang keseluruhan untuk Audit Dalaman Siri 1/2025:
Johan – Zon Dabai
Naib Johan – Zon Salak
Tempat Ketiga – Zon Nona
Pertandingan Ruang/Bilik Gunasama & Penyimpanan Terbaik
Zon Non-Akademik:
Johan – Bilik Latihan (Zon Dabai)
Naib Johan – Bilik Rawatan (Zon Salak)
Tempat Ketiga – Bilik Mini Mesyuarat (Zon Betik)
Zon Akademik:
Johan – Bilik Kiwi (Zon Kiwi)
Naib Johan – Bilik Inventori (Zon Rambutan)
Tempat Ketiga – Pantry (Zon Pisang)
Pertandingan Poster Info Zon EKSA Terbaik
Johan – Tiffany Sam (Zon Pisang)
Naib Johan – Fauziah binti Zamhari (Zon Salak)
Tempat Ketiga – Puan Nurul Akmal binti Kamaruddin (Zon Rambutan)
Keputusan EKSA Challenge (Mac 2025)
Pertandingan EKSA Lab Check & Win:
Johan – Zon Pisang
Naib Johan – Zon Kiwi
Tempat Ketiga – Zon Rambutan
Pertandingan Battle of The Cubicle:
Johan – Zon Salak
Naib Johan – Zon Dabai
Tempat Ketiga – Zon Mangga
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua juruaudit, koordinator zon, dan seluruh warga PMU atas komitmen tinggi, kerjasama padu serta semangat EKSA yang luar biasa. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus kepada amalan kerja yang lebih cemerlang, kondusif dan lestari di masa hadapan.