PMU CAR FREE DAY “Bersama Kita Mengurangkan Pengeluaran Karbon”

17 Jun 2025 (Selasa) - Dalam usaha memperkasa gaya hidup lestari dan sihat dalam kalangan warga kampus, Politeknik Mukah melalui inisiatif SmartGreen PolyCC PMU telah menganjurkan program Car Free Day yang berlangsung secara berkala setiap dua bulan.
 
Program ini menyeru seluruh warga kampus untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kawasan politeknik dan digalakkan untuk berjalan kaki, berbasikal, menggunakan skuter, papan luncur atau peranti mesra alam yang lain.
 
Antara objektif utama program ini:
✅Menyokong amalan rendah karbon dan mesra alam
✅Menggalakkan gaya hidup sihat melalui pergerakan fizikal
✅Mewujudkan kesedaran komuniti terhadap kelestarian kampus
 
Parkir luar kampus juga telah disediakan untuk memudahkan pengurusan trafik sepanjang program ini.
 
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua warga PMU.
 
Jom teruskan budaya hijau untuk bumi yang lebih sihat!