04 Jun 2025 – Satu Majlis Pelantikan Yang Dipertua Kelanasiswa Politeknik Malaysia telah diadakan sempena program Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) dan Malaysian Polytechnic Girl Guide Clovers Jamboree (MalPCJam) 2025 dan melibatkan sembilan (9) orang pengarah Politeknik Malaysia. Pelantikan secara rasmi Encik Suhaili bin Aleh, Pengarah Politeknik Mukah (PMU) sebagai YDP Kelanasiswa Daerah PMU telah disampaikan oleh YBhg. Dato Hj Ahmad Shazilly Ismail Bakti, Timbalan YDP Majlis Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia pada majlis tersebut.
Program Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) dan Malaysian Polytechnic Girl Guide Clovers Jamboree (MalPCJam) 2025 telah berlangsung selama 3 hari dari 2 Jun 2025 hingga 4 Jun 2025 di Politeknik Port Dickson. PMU telah disertai oleh 5 orang Pandu Puteri Klover serta seorang pensyarah pengiring iaitu Puan Rahayu binti Ali.
Program yang berprestij ini telah di akhiri dengan Majlis Penutupan Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) dan Malaysia Polytechnic Girl Guide Clovers Jamboree (MalPCJam) 2025 telah disempurkan oleh YBrs. Dr Hj Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik JPPKK.