Bengkel Pemerkasaan Penulisan Kajian Berasaskan AI

Pada 22 Mei 2025 (Khamis) yang lalu, telah berlangsung Bengkel Pemerkasaan Penulisan Kajian Berasaskan AI bertempat di Makmal CAD 2, JMSK, Politeknik Mukah Sarawak. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK) dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK).
 
Bengkel ini telah disampaikan oleh dua penceramah jemputan iaitu:
💠Dr. Hayati Bt Ibrahim
Pensyarah Utama, Kolej Komuniti Mas Gading
 
💠Dr. Habsah Binti Haji Mohamad Sabli
Ketua Unit, Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan, Politeknik Mukah
 
Sepanjang bengkel berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, para peserta didedahkan dengan kaedah dan strategi menulis penulisan kajian yang lebih efektif menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Fokus diberikan kepada aplikasi AI dalam merancang struktur penulisan, menghasilkan draf awal, semakan bahasa, serta menjana idea secara pantas dan berkualiti.
 
Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pensyarah dan staf akademik yang hadir. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga PMU.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu penulisan kajian akademik di era digital.