Delegasi Politeknik Mukah Menghadiri Majlis Pertukaran MoU dan Surat Hasrat di i-CATS University College

Pada 7 Mei 2025, delegasi dari Politeknik Mukah telah menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pertukaran Surat Hasrat (Letter of Intent) yang berlangsung di i-CATS University College, Kuching, Sarawak. Majlis berprestij ini menghimpunkan sebanyak 16 rakan industri dan 23 institusi TVET dari seluruh Sarawak sebagai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal dan vokasional negeri ini.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik ke arah memperluas jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri, terutamanya dalam bidang pembangunan kurikulum, latihan industri, penyelidikan gunaan serta mobiliti pelajar dan pensyarah.
Delegasi Politeknik Mukah turut mengambil peluang untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak industri serta mengenal pasti potensi kolaborasi yang bersesuaian dalam memperkasakan pelaksanaan TVET yang relevan dan berpaksikan keperluan industri semasa.
Penyertaan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat menyeluruh kepada warga institusi, khususnya dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan penglibatan aktif dalam pembangunan komuniti.