Produksi Malam Seribu Bintang 3.0 (2025) anjuran Kelab Kebudayaan dan Warisan Politeknik Mukah (Warisan Permata Seni) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang pada 19 dan 20 April 2025 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Politeknik Mukah.
Acara yang mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang seni persembahan seperti tarian tradisional, muzik etnik, nyanyian dan nasyid ini berjaya menarik seramai 630 orang pengunjung dalam tempoh dua hari pementasan. Sambutan luar biasa ini jelas menunjukkan minat dan penghargaan masyarakat terhadap warisan budaya tempatan yang dibawa oleh generasi muda.
Yang Berhormat YB Royston Valentine (N57 Tellian) turut hadir memberikan sokongan, diiringi oleh Pengarah PMU, En. Suhaili Aleh, TPA, En. Iskandar Reduan, ketua-ketua jabatan serta pensyarah yang tidak jemu memberi sokongan moral dan dorongan sepanjang latihan dan persiapan produksi.
Lebih bermakna, YB Royston telah mengumumkan pemberian geran aktiviti berjumlah RM5,000 kepada kelab Warisan Permata Seni sebagai sokongan untuk meneruskan kesinambungan program ini pada tahun-tahun akan datang.
Tahniah kepada semua tenaga kerja, para pelajar berbakat serta barisan penyokong yang menjayakan acara ini. Semoga Malam Seribu Bintang terus bersinar dan menjadi platform unggul dalam mencungkil potensi pelajar PMU dalam bidang seni dan budaya.
Seni milik semua, warisan kita bersama.