Bacaan Ikrar Belia Sempena Hari Belia Negara 2025

Mukah, 15 Mei 2025 – Hari Belia Negara di sambut pada 15 Mei setiap tahun. Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Politeknik Mukah telah mengambil inisitif untuk menyemarakkan dan menyokong hasrat Kementeria Belia dan Sukan dengan mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Belia. sempena sambutan Hari Belia Negara 2025. Pelajar Politeknik Mukah telah berhimpun dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama bagi menyemarakkan semangat belia sebagai tonggak pembangunan negara.
Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Ibu Pertiwiku dan Politeknik Malaysia diikuti dengan tayangan video amanat Hari Belia oleh YB Menteri Belia dan Sukan, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan serta disusuli bacaan Ikrar Belia yang diketuai oleh Saudari Welther Lian Raymond Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
Bacaan ikrar ini menggambarkan komitmen dan semangat mahasiswa sebagai agen perubahan yang progresif dan bertanggungjawab. Majlis Bacaan Ikrar Belia ini adalah untuk memberi kesedaran kepada belia Malaysia akan peranan belia membina dan menyerlah potensi diri demi pembangunan masyarakat dan negara pada masa kini dan hadapan serta menyatupadukan seluruh belia di Malaysia untuk mempertahan dan memberi sumbangan kepada negara.
Diharap dengan majlis ini menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk terus menyumbang tenaga, idea dan kepimpinan dalam usaha memajukan bangsa dan negara.