Pihak Pengurusan PMU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024. Kecemerlangan anda adalah bukti dedikasi dan komitmen luar biasa dalam menyumbang kepada kecemerlangan institusi. Semoga pencapaian gemilang ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, sekaligus menjadi inspirasi unggul kepada warga PMU yang lain untuk terus berdaya saing dan cemerlang!