Bengkel Pembuatan Salui Lukut Kaul Mukah

Mukah, 24 April 2025 - Seramai 5 orang peserta PMU terdiri daripada seorang pegawai dan 4 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam telah menghadiri Bengkel Pembuatan Salui Lukut Kaul Mukah 2025 bertempat di Pantai Kala Dana. Bengkel diadakan sempena Pesta Kaul Mukah yang sedang berlangsung sekarang. Bengkel ini bertujuan untuk mempromosi dan cara-cara pembuatan Salui Lukut, iaitu permainan tradisi masyarakat Melanau ini kepada golongan belia. Sebanyak 52 penyertaan daripada sekolah, IPTA dan NGO di sekitar Mukah turut serta dalam bengkel ini yang telah dirasmikan oleh YB Royston bin Valentine ADUN N.57 Tellian.