Bengkel Penulisan Proposal DFT50114 Integrated Project Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Mukah, 25 April 2025 - Bengkel Penulisan Proposal DFT50114 Integrated Project Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital). Taklimat ini dilaksanakan kepada pelajar Semester 4 yang mengambil kursus System Analysis and Design sebagai pendedahan awal dalam menyediakan proposal projek tahun akhir masing-masing. Seramai lebih kurang 65 peserta telah mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh En Muhamad Syukrie bin Hj. Abu Talip, Pensyarah dari UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Sepanjang sesi taklimat berkenaan, pelbagai contoh telah diterangkan dalam usaha untuk pelajar memahami kaedah penulisan objektif, pernyataan masalah, kajian kesusasteraan dan signifikan projek yang berkesan. Pn Siti Hasmah binti Abang Mon, Ketua Program DDT trek Software and Application Development turut hadir dalam sesi berkenaan dan program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Pengarah Program, Ts. Mariati binti Masduki mengharapkan inisiatif ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk menyediakan proposal projek tahun akhir yang lebih baik.