Commerce Club Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Jabatan Perdagangan Sesi II: 2024/2025. Program ini telah berlangsung pada 11-13 April 2025 di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah. Program ini melibatkan semua pelajar Jabatan Perdagangan dari semester 1 sehingga semester 6. Majlis Perasmian Penutupan KJP sesi ini disempurnakan oleh En. Sophian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Politeknik Mukah. Karnival Jabatan Perdagangan Sesi II: 2024/2025 diadakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar melalui aktiviti sihat di samping meningkatkan keyakinan pelajar beraksi di khalayak ramai serta membantu dalam pembentukan pembangunan diri pelajar. Warga JP juga ingin mengucapkan sekalung ucapan tahniah buat semua pemenang pertandingan yang dijalankan. Untuk KJP semester ini, juara keseluruhan dimenangi oleh kelas DPM5B.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
💠Gerai Jualan
💠Pertandingan Memasak Bersama Penasihat Akademik : Selera Anak , Mak & Bapak 5.0
💠The Legendary Challenge
💠JP’s Glamourous Night
💠CC Bersama Alumni
💠Food Presentation
💠Gala Night (Malam Penutupan)
Semoga dengan terlaksananya program ini serba sedikit dapat memberi impak yang positif kepada pelajar dari segi mental dan fizikal. Selain itu, melalui penganjuran aktiviti berkaitan ini juga dapat mencungkil dan menyerlahkan kemahiran dalam pelajar seterusnya dipertimbang untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.