Lawatan Penanda Aras UI GreenMetric 2025 ke UTS Sibu

6 Mei 2025 - Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu. Anjuran: Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU

Politeknik Mukah (PMU) melalui Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu pada 6 Mei 2025. Lawatan ini merupakan inisiatif utama dalam memperkukuhkan pelaksanaan UI GreenMetric 2025 di PMU.
 
Seramai 13 orang pegawai dan merupakan ahli Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU terlibat dalam lawatan ini, diketuai oleh Pengarah PMU sendiri. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik (best practices) daripada pihak UTS dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian kampus, khususnya dalam aspek tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, pendidikan lestari dan kampus hijau.
 
Objektif Lawatan
- Meningkatkan kualiti pelaksanaan kampus hijau di PMU.
- ⁠Memenuhi syarat & kriteria penarafan UI GreenMetric 2025.
- ⁠Menjalin kerjasama strategik serta perkongsian ilmu dengan UTS.
- ⁠Memperkasa dokumentasi dan penambahbaikan fasiliti lestari PMU.
 
Antara Pengisian Program:
- Taklimat pelaksanaan UI GreenMetric & semakan keperluan dokumen
- ⁠Perkongsian dua hala antara PMU dan UTS
- ⁠Lawatan ke fasiliti kampus hijau dan UTS Smart Home
 
Lawatan ini juga membuka peluang untuk PMU memperkukuhkan dokumen pelaporan serta menilai potensi kolaborasi bersama UTS dalam bidang penyelidikan dan inovasi hijau. Aktiviti ini diselaraskan oleh JK SmartGreen PMU yang menyokong SDG 4, 7, 11, 13 dan 17.
 
Tahniah kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan lawatan ini. Bersama kita menuju kampus lestari yang berimpak tinggi.