Gold Award Dalam Pertandingan Inovasi Berprestij IEIC'2025

Sekalung TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada para pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah Sarawak.

Gold Award dalam pertandingan inovasi berprestij IEIC'2025

Karnival Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa (International Education Innovation Carnival Tahun 2025)

Kejayaan ini membuktikan keupayaan para pensyarah dalam mencetus idea bernas serta menerjemahkannya kepada penyelesaian inovatif yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Kategori Pemenang: Gold Award
Tajuk Projek: OM Formunav
Pensyarah: Mohamad Shafiq bin Mohamed Nasaruddin, Mohd Sahrir bin Md Yusuf, Ahmad Nabil bin Mohamed
 
Kategori Pemenang: Gold Award
Tajuk Projek: LI-Space JP
Pensyarah: Natasha Afina binti Salem, Nurul Fatihah binti Ahmad, Priscilla Douglas Udam