25-29 April 2025, Indonesia - Pengurusan Politeknik Mukah, Sarawak berkunjung ke Indonesia dalam rangka lawatan mempromosikan Technology & Innovation International Conference (TECHON) 2025 dan International Borneo Innovation, Exhibition & Competition (IBIEC) 2025.
Pertemuan ini melibatkan Education Malaysia Jakarta bertempat di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Universiti Negeri Makassar, BIMP-EAGA (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines) yang beroperasi di Jakarta, Politeknik Negeri Jakarta, Politeknik Manufaktur Bandung & Politeknik Negeri Bandung.
Selain mempromosikan TECHON Conference & mempromosikan pertandingan Inovasi IBIEC 2025 kunjungan ini membuka lebaran baru dalam hubungan antarabangsa Politeknik Mukah khususnya dalam bidang teknikal TVET dan membuka idea baharu kearah graduan yang lebih cemerlang dan menjadikan institusi TVET yang unggul.
Turut hadir bersama En Iskandar Bin Reduan (Timbalan Pengarah Akademik), En Mohammad Fardillah Bin Wahi (Ketua Unit Pengantarabangsaan), Dr Habsah Binti Mohamad Sabli (Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan) , Adi Jaya Bin Adam (Ketua Jabatan Perdagangan) , Nurzaihan Bin Ismawi (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi), Ts. Juhaidie Zamani Bin Jamaludin (Pengarah Program TECHON 2025) Nur Riana Binti Abdul Rahim (Penyelaras Pengantarabangsaan).
Semoga hasil dari kunjungan ini menjadi pemangkin kepada institusi TVET negara yang cemerlang dimasa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |