Program Eksplorasi Pemantauan Perniagaan Koperasi @Mukah

MUKAH - 14 Mac 2025
 
Pada 7 Mac 2025, Jumaat, YBhg. Dato' Amran bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengadakan lawatan kerja rasmi ke Politeknik Mukah. Lawatan ini bertujuan untuk meransang kelestarian pembangunan koperasi melalui kaedah pemantauan secara 'hands-on' disamping meninjau perkembangan aktiviti serta operasi perniagaan koperasi dan seterusnya merasmikan coopdobi yang pertama di Kolej Kediaman Politeknik Mukah sempena Program Eksplorasi Pemantauan Perniagaan Koperasi @Mukah.