Lawatan Penanda Aras daripada Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu

MUKAH - 14 Mac 2025
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Mukah (PMU) telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu pada 20 Februari 2025, Khamis yang diketuai oleh Encik Mohd Zuhaili bin Zulfinaini bersama tiga delegasi lain.
 
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai silibus, teori, dan amali bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (DEE). Program dimulakan dengan sesi bergambar, diikuti ucapan aluan oleh Ketua JKE, Encik Samsawi bin Bujang, serta sesi perkongsian oleh Ts. Khairol Adha bin Ahmad mengenai dokumen dan amalan terbaik berkaitan penilaian DA dan CQI.
 
Delegasi turut melawat bengkel dan makmal, termasuk Makmal Pendawaian Elektrik dan Makmal Projek, serta diberikan penerangan mengenai penggunaan peralatan dan pendekatan pembelajaran berasaskan amali.
 
Perbincangan tidak rasmi turut diadakan mengenai lawatan balas ke IKM Bintulu sebagai persediaan PMU menjadi pusat pentauliahan Wireman Grade 2. PMU berharap kerjasama ini dapat diperluaskan ke bidang penyelidikan, inovasi, dan pengembangan kurikulum demi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.