MUKAH - 14 Mac 2025
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Mukah (PMU) telah mengadakan lawatan ke Central Regional Laboratory, Sibu pada 20 Februari 2025 dalam program PDL in Civil Engineering: Industry Engagement bersama JKR Sarawak. Lawatan ini disertai oleh 11 delegasi JKA PMU yang diketuai oleh Ts. Rahim bin Ishak dan disambut oleh Ir. Ts. Fazlin Binti Mohamad Basri.
Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman pensyarah mengenai ujian California Bearing Ratio (CBR) dan Aggregate Crushing Value (ACV). Delegasi diberikan taklimat keselamatan, demonstrasi ujian makmal, dan sesi perbincangan dengan pihak JKR Sibu.
Selain itu, perbincangan kolaborasi antara JKA PMU dan Central Regional Laboratory turut diadakan bagi memperkukuh pengajaran dan pembelajaran. Lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan. JKA PMU berharap kerjasama ini memberi impak positif kepada pelajar.
