MUKAH - 6 Februari 2025 (Khamis)
Mesyuarat 8th TECHNOLOGY & INNOVATION INTERNATIONAL CONFERENCE (TECHON) 2025 dan The International Borneo Innovation, Exhibition & Competition (IBIEC) 2025
Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Mesyuarat Jawatankuasa 8th TECHON Bil. 1/2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa IBIEC Bil. 1/2025 telah dilaksanakan di Bilik Persidangan Politeknik Mukah pada 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Intipati mesyuarat ini adalah untuk menerangkan gambaran keseluruhan serta peranan Jawatankuasa TECHON yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Ogos 2025 dan diteruskan dengan penerangan gambaran keseluruhan dan peranan Jawatankuasa IBIEC yang akan berlangsung pada 23 Julai 2025.
Semoga perancangan yang teratur ini akan memberik impak yang hebat dalam perlaksanaan untuk 8th TECHON dan IBIEC 2025.
