MUKAH - 4 Februari 2025 (Selasa)
Perjumpaan Pelajar Kolej Kediaman Bersama Pengarah Sesi II: 2024/2025
Seramai 1830 orang penghuni kolej kediaman telah menghadiri Perjumpaan Pelajar Kolej Kediaman bersama Pengarah bagi Sesi II: 2024/2025. Perjumpaan ini telah dilaksanakan pada 4 Februari 2025 di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah.
Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dengan bimbingan daripada Jawatankuasa Warden ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan Pengarah, pihak pengurusan tertinggi serta Unit Pengurusan Kolej Kediaman. Semasa program ini berlangsung, penghuni telah diberikan taklimat mengenai garis panduan disilpin, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan di kolej kediaman.
Perjumpaan bersama pengarah ini telah memberikan perspektif baharu dalam membentuk pelajar yang lebih berwibawa dan memiliki nilai insaniah yang tinggi. Pengarah turut menekankan kepentingan perkembangan holistik selain kejayaan akademik yang cemerlang.
