Program Car Free Day

MUKAH - 4 Februari 2025 (Selasa)

Program Car Free Day anjuran SMARTGREEN di Politeknik Mukah (PMU) diadakan pada hari Selasa minggu pertama setiap dua bulan dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dalam kampus serta menggalakkan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Melalui inisiatif ini, staf dan pelajar digalakkan berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan kenderaan alternatif seperti papan luncur dan skuter elektrik. Tempat parkir khas telah disediakan bagi mereka yang datang dari luar kampus, antaranya di Stadium PMU, sekitar Bengkel JKA & JKM, serta Pusat Islam.

Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran udara dan bunyi tetapi juga meningkatkan kesedaran warga PMU tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak, Car Free Day dapat menjadi budaya positif yang membawa manfaat kepada kesihatan dan kelestarian kampus.