Kunjungan Hormat PMU ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

KUCHING - 28 Januari 2025 (Selasa)

Delegasi diketuai oleh Pengarah Politeknik Mukah, Encik Suhaili bin Aleh bersama barisan pengurusan tertinggi telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sarawak (SPP USC Sarawak).
Sesi kunjungan ini bermula dengan sesi perkenalan dimulai oleh Setiausaha Bahagian SPP USC Sarawak, Puan Faizah binti Edrus dan disusuli dengan penerangan peranan utama SPP kepada PMU serta sesi berkongsi idea serta pendapat untuk kolaborasi antara kedua-dua pihak.