Program Berkhatan Anjuran Surau Ibadur Ar Rahman

MUKAH - 25 Januari 2025 (Sabtu)
Pusat Surau Ibadu Ar Rahman telah menganjurkan Program Berkhatan di halaman Kolej Kediaman Politeknik Mukah. Program ini bermula seawal jam 7.00 pagi dan hanya terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
 
Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari Encik Muhammad Azam bin Ngah mengenai aturcara program dan disusuli kata-kata aluan dari Encik Mohd Ramli bin Ali, selaku Pengerusi Pusat Surau Ibadu Ar Rahman.
 
Selain itu, sesi mandi beramai-ramai untuk peserta dijalankan dengan kerjasama pihak Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dan diakhiri dengan majlis berkhatan sehingga tengah hari.
Tahniah kepada Pusat Surau Ibadu Ar Rahman atas kejayaan menganjurkan program ini.