Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak Bercadang Untuk Menjalin Kerjasama Strategik Dengan Politeknik Mukah

MUKAH - 20 Januari 2025 (Isnin)
 
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak bercadang untuk menjalin kerjasama strategik dengan Politeknik Mukah bagi menganjurkan Karnival Intelek, yang dijadualkan berlangsung di Mukah pada 14 hingga 17 April 2025. Penganjuran karnival ini bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan berdaya kreatif, selain membuka peluang untuk mencungkil bakat serta potensi mereka dalam pelbagai cabang kebahasaan dan kesusasteraan.
 
Sebagai langkah awal, Mesyuarat Pelaksanaan Karnival Intelek telah diadakan pada 20 Januari 2025, bermula jam 2.30 petang, bagi membincangkan pelbagai aspek persediaan program, termasuk perancangan aktiviti, penyelarasan logistik, dan pelibatan pelbagai pihak berkepentingan untuk menjayakan karnival ini.