Gotong-Royong Perdana di Dewan Serbaguna

MUKAH - 17 Januari 2025 (Jumaat)

EKSA PMU membuka tirai tahun 2025 dengan penuh semangat melalui pelaksanaan Gotong-Royong Perdana di Dewan Serbaguna (DSG) pada 17 Januari 2025 (Jumaat). Program ini melibatkan penyertaan penuh semangat daripada warga zon bukan akademik yang terdiri daripada:
✅Zon Betik
✅Zon Mangga
✅Zon Epal
✅Zon Ceri
✅Zon Delima
✅Zon Dabai
✅Zon Salak
 
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan Dewan Serbaguna terus menjadi ruang yang bersih, selamat, selesa dan harmoni untuk semua warga PMU. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa gotong-royong ini meliputi:
✔️Pembersihan mendalam dan terperinci di seluruh ruang dalaman DSG, termasuk lantai, dinding, dan siling.
✔️Penyelenggaraan dan pengurusan semula stor serta bilik-bilik di dalam DSG, termasuk menyusun perabot dengan lebih sistematik.
✔️Pengindahan kawasan luar Dewan Serbaguna melalui pembersihan, penanaman pokok-pokok hiasan, dan mencipta persekitaran yang lebih hijau serta kondusif.
✔️Pelupusan barangan lama dan usang bagi memastikan setiap ruang digunakan dengan lebih efisien dan teratur.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga yang hadir kerana menunjukkan semangat kerjasama, dedikasi, dan komitmen yang luar biasa. Program ini bukan sahaja berjaya mencapai matlamat pembersihan, malah turut memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga PMU.
 
Dengan kerjasama dan semangat EKSA PMU, marilah kita terus memelihara momentum positif ini demi menjadikan kampus kita lebih bersih, hijau, dan harmoni sepanjang tahun 2025.
 
EKSA PMU
Selamat, Selesa, Sejahtera