UI GreenMetric World University Ranking Year 2024

Mukah – 13 DISEMBER 2024 

Tahniah kepada Politeknik Mukah! 

Politeknik Mukah telah berjaya meraih kedudukan ke-449 dalam UI GreenMetric World  University Rankings 2024, satu pencapaian yang amat membanggakan. Kedudukan ini  meletakkan Politeknik Mukah di antara institusi yang terbaik dalam usaha mempromosikan amalan kemampanan dan penjagaan alam sekitar.  

Dengan pencapaian ini, Politeknik Mukah telah membuktikan bahawa institusi pendidikan bukan sahaja berperanan dalam membentuk modal insan, tetapi juga sebagai pemimpin dalam kelestarian. 

Tahniah sekali lagi kepada Politeknik Mukah atas kejayaan ini! Semoga terus cemerlang dalam usaha memperkukuh kelestarian. 🌱✨

Kriteria-kriteria yang dipertandingkan: 

🏅Setting & Infrastructure (SI) 
Masalinda binti Mansor & Dzatiah binti Mohamad 

🏅Energy & Climate Change (EC) 
Nuwairani Azurawati binti Siha & Mohd Zakaria bin Mohd Noh 

🏅Waste (WS) 
Gordon Kechendai anak Nyanggau & Norliza binti Abd. Razak  

🏅Water (WR) 
Nur Shaminie binti Wakimin & Tiffany Sam 

🏅Transportation (TR) 
Nurul Akmal binti Kamarudin & Nurul Asmahani binti Osman 

🏅Education & Research (ED) 
Nuwairani Azurawati binti Siha & Tayie anak Ankus