PMU telah menerima kunjungan dari SPACE UTM, Johor Baharu

MUKAH, PMU : 14 OKTOBER 2024 - PMU telah menerima kunjungan dari SPACE UTM, Johor Baharu. 

Delegasi tersebut telah disambut oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Mukah, En Sophian bin Sout yang turut disertai oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Cik Aiesah binti Karim dan Pegawai Hal Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data), Cik Mazira binti Ramli. Objektif kunjungan adalah untuk membina hubungan kerjasama antara SPACE UITM dan Politeknik Mukah.

Pertemuan yang cukup bermakna itu merangkumi perbincangan pelbagai aspek pembangunan dan hala tuju pelajar setelah menamatkan pengajian peringkat Diploma di Politeknik.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Siti Khatijah binti Hamzah yang merupakan General Manager Division of Marketing and Customers Relation turun menyampaikan taklimat mengenai peluang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada semua pelajar semester akhir Politeknik Mukah.